Dec 31, 2010

bye bye 2010!

selamat hari jumaat yg penuh barakah, yg cuti lagi indah lagi bahagia nih!

hua3..aku sangat happy tahap kambings dh nie becoz arinie xde studio...alangkah bahagianye hidup aku. woargghhh! happy tahu! otak pon rasa freee je.  sebab apa free? sebab saya telah melupakan kesemua kerja2 report. macammana la ari ahad nie..mesti kelam kabut kan nak start buat report. huahuahua..memang dare abes arrr..kitorg x start pape kot.....lenjan je...studio ari isnin nie...mesty sir tanye progress group. mati katak laaaa kalau x buat pape ari isnin nieh.

mari kita tutup cerita report. bukak cerita new year.


2010!
banyak bende yang happen dlm twenty ten ni...

  • aku habis CFS dengan jaya nya without repeating any paper on May.
  • pergi reunion sekolah di pantai morib.
  • cucu moktok bertambah lagi satu. nama baby: siti aisyah. anak kepada cik yam and ayah mie.
  • terkejut dengan kematian sosilawati yang tragis.
  • pergi family day kat jeram gading
  • HANDPHONE HILANG! sangat x leyh terima until today.
  • masuk gombak on july! happy sebab dah start my degree. 
  • dapat studio cantik macam office. suka!
  • birthday on may aritu kena prank ngan kawan2 macam orang gila! abes pencuci lantai, sos cili, kopi, maggi, syampu, and semua bende2 yg tak patot kena simbah kat badan..! abes menggelupas kulit aku. korang memang KEJAM kawan2!
  • jatuh hati kat someone. tapi org jauh. tapi x nak dah. sebab nak belajar! okay lupakan bende ngarut ni! sekarang dh x suka siapa2. yeaaay,,,doa termakbul. alhamdulillah. yaAllah, kau peliharalah aku dr benda2 yang melaghakan. sesungguhnya aku nak berjaya dalam pelajaran dulu. amin....nak dean's list!
  • mama beli rumah and bakal pindah next year.
  • dapat kawan2 baru kat gombak yang sangat best dan sporting dan understanding.
  • pandai masak macam2 dah sbb kena paksa suruh belajar.
  • Malaysia menang piala suzuki lawan indon. yeay! happy sbb malaysiaku gemilang.
  • hampir sipi2 dapat dean's list. hope sangat sangat next sem aku dapat! doakan for me kawan2!
  • telah terhilang kan sesuatu yang amat amat amat berharga dalam hidup. sedih, dan x tahu nak buat apa. nak ganti x mampu.
kalau cerita banyak lagi, dh tak larat nak recall memory tu. x ingat dh apa lagi. so, apa yg berlaku pada tahun twenty ten ni banyak yang dapat mematangkan diri aku. mari kita ambik pengajaran. belajar dari kesilapan. harap tahun mendatang akan lebih bermakna, lebih bahagia dengan kawan2 serta keluarga sekeliling!  alhamdullillah.....ya Allah, kau kurniakanlah yang terbaik buatku dan rakan2. amin ya Rabb. :)

GOOD BYE 2010!x leyh jumpa dah pas nie....sedih....


 and,WELCOME 2011! umur meningkat, makin dekat dengan maut. ALL THE BEST SYERA! selamat menghadapi cabaran hidup. :)




Dec 30, 2010

birthday budak kecik.

hohoi. selamat hari rabu semua orang! baiklah. hari ni saya amat lah best sebab kelas pukul 12 tgh hari. so, lepas bangun2 pagi je boleh online. hahah. (syera mmg pemalas, baca buku tak nak, online je tahu!)

Topic Baru

SEMALAM punye semalam..
birthday one of my studiomate..orang paling muda kat studio..his name, Ahmad Faris Ismail. happy happy birthday budak kecik. ni la budak yg satu grup ngan aku first project arituh. then second task pon satu grup lagi! aiyyo amma. boring2...hahah. xde la weyh..aku x kesah pon sape2. yg penting komitmen dr semua grup member okay. so, for the whole sem ni aku same grup ngan yea ni sbb 2nd task yg baru di assign ni will remain the same until the end of this semeter. +_+ 

euuw. :P

bergaduh time site visit. hahah


meh nyanyi sama2
 happy birthday to you, 
happy birthday to you, 
happy birthday to Yeeea,
happy birthday to you! 


malam rabu tu, kitorang pegi Wangsa Walk lawan bowling ngan studiomates. best2! konvoi 3 kereta. kitorg kuar pon sbb nak celebrate ahmad yea nie ha....dah tu. lawan2 mmg kitorg bagi chance la kat dia dapat highest point. huahua. aku pon hebat jugak okay! tapi second round je. yg first round tu macam hampeh! ade ke, tengah syok2 aku fokus nak lontar bola bowling tu, tiba2 terlepas bola tu kebelakang! mak datuk!!!!!!! malu nye.... skali aku pusing, bapak ramai tengah gelakkan aku..... sumpah malu! dah2, x nak main boling lagi. * tapi sebenarnye nak okay.
nah kek aku belanja. 


p/s: kepada yea yang suka perasan comel, mahupun hensem, mahupun macho, sudah2 lah tu....hope lepas ni purp x repeat lagi. semangat baru..all the best in ur life okay. last but not least,  semoga berbahagia dengan w*w* ! bye. :P

Dec 28, 2010

shuhadah, get well soon!

semalam.

soo many things happen. 

presentation, submit report, and the saddest thing happen was my roomate, shuhadah,  pengsan kat studio tiba tiba. huishh...seram aku. seriously...sebenarnye dari awal pagi lagi aku dah aim dia pucat semacam. then tengahari tu, dia g clinic with nad. mmg dia demam teruk gak la.mcm biasa doctor bg ubat..so, aku dah suh dia balik...tapi disebabkan petang tu kitorang akan di assign project baru, then, dia pun taknak balik, sebab dia adalah one of the penting-est student kat studio tuu. secretary la katakan. lagi pon list name semua2 tu pada dia. kira lecturer apa2 pon akan panggil dia la...petang berlalu. lepas assign project baru tu...kitorang siap2 nak balik mahallah ni, tiba2... aku dengar kak sarah jerit, "syir! cepat angkat shu pengsan ni...!"   then terkejut beruk aku, what???! bia betul?! aku pon berlari kearah studio sebelah. shu dh terbaring atas lantai, kak sarah riba.  pastu, terus angkat dia g level bawah , masuk kete kak sarah, kitorg bawak g klinik. mmg time tu terpaksa la bukak tudung dia. kesian shu...weak sgt...dlm kereta tu keluar air mata je. aku pon dh tak tahu nak comfort kan dia macam mana. hmm...sedih..:(

kat klinik. bila doctor dh cek dia kata shu hypo. sebab? sebabnya dia tak makan sehari. hmm..mmg la kalau kita tak makan sehari akan collapse. kandungan gula dalam badan dia terlalu sikit. korang yang lain2 ni, ambik pengajaran! macam2 mana pon korang sakit..please la g makan. bahaya tau. cuba kalau korang tengah sorang2...sapa nak tolong. hmmm... pastu, kitorang call mak dia. her mom terkejut and terus bertolak ke kl from JB. jauh kan.. hmm...tu lah pengorbanan ibu. nampak tak?!  whatever it is, semuanya dh selamat. shu pon dh dibawak balik JB utk buat medical check up lagi detail. since her mom is one of the staff nurse kat HSA jb. 

semoga cepat baik shuhadah. i miss u. :) 

shu peluk syier,
:)
shu: tudung biru. 


Dec 23, 2010

once again.

i am sick. upside down. pergi lah main jauh2. memang rasa geram ngan diri sendiri. bila nak benci. nak lupa habis terus... and i really hope that the day will come, sooner or later.
doesn't mind. 
yes it is.

 dah tu je nak ckp. mood swinging. macam sakit hati ngan diri sendiri. sudah! tutup cerita. thank you.

Dec 18, 2010

hari tak patut berjalan.

blergh!  hari yang sangat bz. hari-hari group disscussion. dr first day start sem dh start siapkan studio task. pheew. mmg menyakitkan tulang belulang. tak sempat warm up lansung otak aku. pap! pap! pap!(bunyi apa aku tak pasti)  keje and class everyday.  for the first task ni, groupmate aku 5 olang! aku, cak aer, akif, yea, and buu. yg best nye cak aer ade camera baru. huahua. mmg best la aku menggodek+menggedik ngan camera dia.
this is cak aer's. compact camera yg boleh tuka2 lense. 
aku ni noob pasal gadget2 nie. so x leh nak story lebih.


:P ni antara gamba2 tgh group discussion at studio.

saya syier.

dia cak aer.

dia buuu.

akif dan yea. groupmates.

testing2 camera baru.

name tag dekat meja. kat studio.

fokus gila seh budak ni. 

ni pon fokus jugak. ini gambar candid. tak tipu punya. 

hari khamis lepas, aku terpaksa jugak keluar uia mencari rezeki untuk anak-anak meRENEW sim card aku berikutan kehilangan henfon beberapa hari yg lalu secara tragis, hari tu 10 muharram..dan, aku puasa that day...so, aku plan g bukak puasa ngan cak aer kat KLCC. kitorg pergi celcom cube. cute cute je kedai dia. alhamdulillah. sim aku selamat direnew. terima kasih akak celcom. akak mmg buat keje efficient. sementara menunggu maghrib utk berbuka, aku dan cak er, pergi berjalan2 kt klcc garden pulak. apelagi. berbekalkan camera baru. kami act macam model and kami buat klcc tu macam kami yg punya. hahah. ape aku kesah. lantak lah. ni lah cara2 nak lepaskan tension kejap dari keje2 yang banyak.

muka bahagia. hua hua hua.

berbuka puasa. kan licin makanan.

senyum kalah kambing.

i luv ya cak aer!

pokok purple lampu2.

comeynye cak aer! hihi. :)

kat tasik klcc. cak aer capture time aku tgh gosok hidung. =_="
 hissshhh, tak senonoh.

memang kami berfoto sakan.
tak payah bg signboard tempat foto pun tak apa.

thanks a lot to cak aer.  i love u muah muah muah. :) 
thanks for made my day ya! nanti kita jalan2 lagi. 


first week of second sem yg best.
assignment2, lecturer dh start bagi,
sambung kerja pulak lepas ni. 
bai bai. 


Dec 13, 2010

sudah jatuh ditimpa TANGGA, BATU, HUJAN, and BLA BLA BLA.

Ya Allah!
apa nak jadi ngan aku ni. dh la hari ni hari last duk umah. so, mood sudah tergelincir sedikit dr garisan khatulistiwa perasaan. lepastu, macam2 hal pulak berlaku. meh aku cerita kronologi hari yg amat $%^&!@# untuk aku. tak nak dengar sudah.

1) kene balik UIA, so mood dh xde.
2) badan sengal2 sakit2, sbb baru balik camping tengah hutan with family.
3) barang keperluan kt U banyak tak beli lagi.
4)lapar*kira boleh la tergolong dlm masalah.

pastuh, dengan perasaan yg bercampur baur macam tu, aku pon siap2 balik uia. sebelum singgah makan, kitorg g giant jap. tu pon aku sorang yang turun nak beli kertas utk printer. then babah ada kol aku masa aku dh abes bayar. time tu aku ingat aku tak bawak phone. pastu aku angkat dengan rushing2 nyer, ckp kat babah, aku dh on the way turun. then masuk kete je, aku dh hilang ingatan. perjalanan diteruskan. sehingga smpai di destinasi Sate Kajang Haji Samuri. tak hingat dunia dh time tu. mmg makan je la aku pikir. so, habis2 makan, kitorg pon terus ke UIA. smpai uia. aktiviti angkut & angkat barang dijalankan. *2 trip bawak brg smpai tingkat 4. grrrrrr. penat penat sangat sangat sangat. dengan printer segala bagai. fuhhh! berat! kalau  lakilaki boleh masuk mahallah aku, dh lama aku suh babah n bangah yg angkat kotak2 sekalian alam tu. huh!

then, mama pergi je, *tap* aku terfikir! nak g bilik seha la. dn secara tak lansungnya mencari handphone aku yg dlm handbag tu. dan sungguh aku tak sangka, "my handphone was not there, gila ke weyh!" aku dh gelabah gila. " mana henfon aku, mana henfon aku, mana henfon aku????" asyik ulang ayat tu je. pastu lari terus balik bilik cari shu(roomet) sbb nak kol mama, kot kot ade hp tetinggal kat kete ke.then babah, kol balik ckp xde. huwaaaaaaaaaa!!!!...mane weyh! aku try call no aku, ade ke masuk voicemail, hey, tipu..xkan habis bateri. aku baru je charge smpai batery full ptg tuh. mama! babah! apa nak buat. then, aku g bilik piyin nangis2 kuat kuat kuat, smpai reda. *thanks piying for the tissues. :)  aku mmg tak tertahan dh perasaan. sedih weyh henfon hilang! saat2 awal sem yg banyak urusan tuuuuuuuu. blerggh!

suasana kat bilik aku= tongkang pecah pon kalah. penat aku selongkar semua beg2, bakul2, plastik2 carik henfon aku. tapi tak de! tension tension arghh! 

beberapa jam kemudian. malas nak pikir hp lagi. aku masukkan dakwat kat printer. and, Once Again bende malang berlaku! dakwat printer yg hitam terpercik habis tangan aku, muka aku kena black ink. what the......... sabar je lah. sabar! then basuh2 guna sabun tak leh hilang weyh! apa ni.....! cmane nak g kelas  esok dengan tangan yg macam mekanik! gile! dh la henfon hilang..! mana aku nak raba nieeeee.

kemudian, tengah isi2 tu, aku cabut satu2 tutup ink tu. tiba-tiba, *pap* tutup ink mcm getah yg aku tarik tu, putus! huuuuurgggh. mmg gila betul. nak marah sampai aku gelak kuat2 tak tahu dh nak ckp hari ni kenapa. semua bende jadi gila.

smpai aku yg jadi UPSIDE DOWN! sekarang. aku sedang menghadap komputer berbekalkan mata yg bengkak. menangis tak tentu pasal lepastu gelak pun tak tentu pasal. jadi vangang. dh la.bak kata pepatah melayu, sudah jatuh ditimpa tangga, tapi kes aku ni, dh jatuh ditimpa tangga, pastuh batu pulak, pastuh hujan petir pulak, lepas tuh, macam2 timpa aku. so, aku sgt DOWN sekarang. sekian cerita sedih aku dh habes, mari nangis ramai2. tak nak nagis tak payah. haku tak heran.

:'((

siapa sabar dia subur. hua3.
whatthe!@#$%%^!!asbestosgedebos!


:: A A I N A A ::

 im sooooo sorry my dear post mende alah ni lambat.....
bday kau pon dh babai dah.
 dekat draft sampai basi dah.ngeh2.
hehe, as u know, aku kan pergi camping tengah hutan 3 days,
x sempat2 nak sambung tulis, call u je yang i sempat..*kira bagus la tuh aku call*
hmm..
first thing first, aku nak ckp, aku syg kau! muahh muahh.
even masa form four kita tak rapat (sbb kau ada geng TRIO)
(dan kau agak sombong x nak campur ngan org)
tapi time form five baru nampak true colours masing2 and jadi makin rapat.
time tu baru aku kenal aai yang sebenar.
otak mereng gak ehh kau nie. huahuahua.
dan sememangnya mereng itu terbukti dengan aksi2 vangang yg telah engkau tampilkan
 then, lepas habis spm,
kita sama2 x dapat plkn. *effy je dapek.
 pulak tuh, x de kawan nak kuar sbb dk2 scjohor yg tinggal kat kl seciput je.
so kita kuar la 3 orang je lah. 
x abes2 muka kau and effy je aku hadap kalau hang out .hahah. 
merepek pegi petrosains la..hape lah.
and until now
stiap kali cuti sem je kita mesti nak meet up kat mana-mana.
konon2 rindu la tuh. hahahaha! (kau yg rindu aku ye, aku tak)
tapi tu lah sampai sekarang "perjumpaan cuti sem" mesti ade.
dan ia sememangnya wajib! hahah
okay Aai,
sempena bday kau ni.
i wish u all the best in whatever u do!
thanks for being my friend!
forever and ever! muahh muahh! 
and i hope u won't forget me okay. 
soalan cepumas dr aku,
TAHUN NI NAK HADIAH APE ?
ckp je, intan payung, emas permata semua aku bg demi kau.*hiperbola je eh. xde kena mengena antara yg hidup atau yg sudah mati.
hahahah!
okay lah. aku nak belah batu bertangkup, 
 atau kata seertinya,aku nak blah
bye bye my dear! 
tak kira macam mana kau sekalipun. 
aku tetap akan support kau. 
thanks sbb jadi kawan yg baik dn best to ME! 
i love u AAI.


kat alamanda.
perjumpaan cuti sem kali ke berapa entah
cayang aina.hehe. :D
*selendang aku pakai, bday gift fr rabie.
first time u i pakai shawl. :P


Dec 8, 2010

Result Sem 1 Bachelor of Urban And Regional Planning.

Salam alaik.

selamat separuh malam semua. semalam nak update dah. tapi lepas chat ngan studiomate kat fb pasal result ni rasa down gilaaaa~ aku sedihhh......T_T seriously aku sedih sebab ade yang fail. sedih! dah tu budak2 yg fail x dpt nak proceed studio, and they have to wait for a year to repeat PLANNING STUDIO 1. kesian kan. sometimes diorg ni bukan teruk pun. ape yg aku boleh ckp, yg mereka ni sebenanye "mangsa keadaan". tak tahu lah, masuk urban planning ni mmg cara marking dia tu pelik. semua based on group work and attitude. so, kene  pandai bahagi kerja and pandai present. naik sem 2 ni aku rasa macam nak jumpa lecturer and explain everything.

lagi satu, purp tu. haih, alhamdulillah aku pass.. dan sememangnya aku amat tak sangka. =_="

overall, ape yg aku leh ckp sal pointer aku agak berpuas hati. walaupun grade subjek BM aku agak teruk . T_T . hey syera, kau ni org Malaysia ke hape?!.dr darjah satu belajar BM. hadusss...

One More Thing!
kepada studiomate yg tak dapat nak proceed to Planning Studio 2, aku harap korang tabah! bak kata ain atiera" entah2 yang fail tu nanti lagi kaya dr kita masa kerja nanti" aku sokong sangat kata2 ain tu. mungkin rezeki kamu belum termaktub di sini. aku sedih sbb korang lah yg selalu cheer up studio! mungkin Allah nak uji korang. tapi insyaAllah, kalau korang sabar dan terima dengan positive bende ni...aku harap korang akan lebih berjaya nanti! La tahzan! innallaha ma'aina....

betul kata budak ni.
dan sememangnya.
aku amat tidak percaya yang,
i've started my degree.
dan tak percaya jugak, dh nak masuk sem 2 dh ni.
       rasa macam baru je kenal  kwn2 studio.
lepastu dah kena berpisah... 
All the best semua.
kat mana pun korang,
korang tetap kawan aku!
aku syg korang!
with 

Dec 7, 2010

tagged ♥

tagged by aai. terima kasih lah eh. kau describe aku pon sesedap rasa. aduyai! kureng hasam betul itu budak!


     1. Adakah anda rasa anda HOT ?

yups. mmg hot. sebab hari hari aku dok dapur masak masak cuti ni. sure lah panas! 

     2. Update wallpaper anda guna sekarang .





     3. Cerita about this picture .
     
adek aku yang kasik buat ambik dlm internet. aku pon tak tahu la. malas nak ambk tahu. asal lappy x        rosak.  sudah. plus, im not a korean lover mcm mereka2 spt aai. kuikuikui.
  

     4. Kali terakhir makan pizza .


entah la weyh. tak hengat. tapi macam dh lama sgt je tak g makan pizza. ermmm...terus mengidam dah. hey, sapa nak belanja aku ni...tiba2mcm nak makan dah.
     
     5. Lagu terakhir anda dengar ?

Count On Me - Bruno Mars....kat blog ain. btw, aku suka lagu ni..<3

     6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini ?

tengah layan sehah chat kat skype! macam2 dia bg teka teki kat aku. adussss!

     7. Selain nama sendiri , anda di panggil dengan nama apa ? 

Syier (scjohorian n Uia), Syera (starpians), Kaklong (family), Ira (family besar+tempat keje pas spm) 

     8. Tag lagi lima orang .

     9. Siapa orang nombor 1 dengan anda ?

hahah! saya amat menyayangi dia! orang yang amat memahami saya kat uia sekarang. the one who always take care of me. lagi2 time saya tengah down. awak seorang kawan yang understanding! terimakaseh banyak-banyak nad! i love u. muahh muahhh.

     10. Katakan sesuatu pada orang nombor 5 .

hamboi kau watasya. kau lupa aku dh ehh skarang. tak contact pon....how dare u! ni aku dh tag kau. jangan nak sombong2 lagi.

      11. Nombor 3 ada hubungan dengan siapa ?

ohhh...si number tiga, cik malena fendi! hubungan dengan siapa eh? si labi-labi. hahahah! semoga berkekalan la ye ke akhir hayat. btw, bila Mr labi-labi kamu buat wassabiii amat mengerikan. :P
     
     12. Bagaimana pula dengan nombor 2 ?


ohh ain atiera! dengan siapa ye dia sekarang? she has toooo many scandals. eden pon tak tahu. btw, ain, new gossips bgtahu aku lah. aku slalu ketinggalan. har har har.

     13. Kata-kata cinta kepada orang nombor 4 .

sayang diena yaya darlings! ohhoi. saya amatlah sayang kamu tahu! my dormate for 1 year kat sc johore. masa f4. mastu haku pindah dorm prefect dah. deena thanks for ur help sepanjang aku bertitle "new student" kat sc johore. u helped me a lot.

     14. Berikan 4 fakta yang anda tahu tentang orang yang anda tag .

 semua girlfriend saya !
 semua orang adalah orang!
 semua pernah kena chicken pox (*teka je) !
 semua pernah sama tempat belajar dengan aku and semua bijak2!

     hey, korang. aku dah tak de ape nak ckp. :P
     bye bye for now..



Dec 4, 2010

8 tahun tunggu....at last.....


korang rasa penungguan LAPAN tahun tu worth it tak? 

bagi aku, tunggu la selama mana. asalkan keJUJURan itu still ade dlm relationship tu.  biar la duk jauh2, asal jujur dan tidak menipu. dan itu sebenarnya titik tolak kepada kesetiaan sebuah perhubungan. kan? kan?

sebelum cuti lagi dh tgk tapi baru ada masa nak share. video kahwin sheikh muzhaphar. 8 tahun tau Dr Harlina tunggu. sweeeeet. kalah gula. mmg smart arr. credit to CandidSyndrome.com coz dapat menghasilkan video yang terbaik..aku salute! kalau aku kahwin, nak jugak macam ni boleh? nanti aku contact korang. hahah! dah start berangan. kuch kuch hota hey. mera nam syera hey! boleh blah lah hey!

first sekali. aku amat tertanya2 macamana perasaan salah seorang best buddy aku kat sc johore dulu bila Dr sheikh muzaphar dh kahwin? nama dia syuhaida hottt. sampai kami classmate panggil dia syeh tau, sebab cinta kasih yang terlalu dalam terhadap Dr tersebut.hmmm... syeh, dulu aku ingat kau yg jadi bini dia. yelah. asal ade gambar dia yang paling kecik dlm surat khabar pon kau simpan buat collection tampal dalam buku macam koleksi sticker kanak kanak..lagi lah yang atas meja kau jangan ckp....memang kau lah wanita yang support syeikh muzaphar ni sepenuh hati selain family dia sendiri. aku bangga ngan kau. so, kau rasa sedih tak? ke feelingless? oooops syeh, aku hiperbola je lebih ni. tapi lebih kurang la kan? sori syeh! haha. kau dah ade pengganti syeikh muzhaphar belum?



                              

sama cantik sama padan. moga kekal ke akhir hayat.
congratulation for both of u, doctors.
with love.

main redah je citer.

pheeew.

sedih la next week dah balik uia. sedih, aku sedih, aku sedihlah! tahu tak...! aku sedih, noktah. sebab dah x de relax lagi. dan semestinya aku pasti, sem 2 akan lebih banyak larian jogathon dari mahallah ke KAED,  KAED ke CELPAD, ke mahallah balik, ke CELPAD balik. ke KAED pulak. huh, itu amat memenatkan. sesi menguruskan badan. menyihatkan kaki kasik tuff! *KAED & CELPAD adalah venue utk kelas-kelas yang sangat jauh dr mahallah aku. deng!


sekarang. aku keseorangan dirumah sambil memasang tv cerita krishh. hah, lama tak tengok cerita hindustan. cerita krishh ni macam best je, sebab dia ade superhuman powers. biasalah hindustan, part-part action macam tak real je. so aku layan tak layan je la tv. last2, tup! tutup.

lagi? nak cakap apa? sememangnya tiada cerita sensasi hari ini. ohh, sebenarnya saya dah jatuh hati kat someone. ha ha ha. someone tu  mmg hensem. awww~ nama dia awal ashaari. smart ah. anda kenal bukan?  dh la tinggi. mmg idaman aku laaa~.( hoi, dah2 over perasan dah ni)  jap jap,sambung lagi sikit..dh la lately ni bnyk jadik pengacara... so bukak tv muka dia. pastu dlm syurga cinta tu lagi asyik ulang2 kat astro. so hawttt tahu! ohh awal, kalau ekau terbaco ekau tlg lah balas cintaku. email me? (sambil kenyit2 mata) *hakkptuih.. tahap gaban dah syera ni poghasan. pengsan orang yang baca. cukup.

okay dah. saya kena pergi. mama jerit2 panggil nama saya ajak makan char kuey teow kat klang. sounds delicious. boi boi. tata titi.

Dec 3, 2010

kalaulah....

kalaulah aku boleh jadi director pada hidup sendiri. kalaulah aku boleh jadi macam dalam drama yang happy ending. kalaulah aku boleh dapat apa yang aku fikirkan. kalaulah dia tahu apa yang aku fikir. kalaulah hidup aku sentiasa bahagia. kalaulah kawan kawan sekeliling takkan lupa aku. kalaulah aku boleh skip waktu duka. kalaulah aku boleh atur semua orang. kalaulah aku boleh buat apa yang mereka buat. kalaulah aku dapat apa yang mereka dapat.kalau kalau kalau dan kalau..

syiEr. *remind myself*
memang hidup tak selalunya baik.
terimalah apa yang telah ditakdirkan Allah.
sentiasalah bersedia dengan apa yang akan berlaku di sekeliling.
jangan think negative to other people.
mesti bersyukur dengan apa yang kamu dapat. mesti!!
banyak benda kena ubah supaya jadi lebih baik.
im not perfect like others. seriously.
im not a good fren,
im not a good student,
im not a good daughter.
but i always try to be better and try to change myself everyday.
this is LIFE. face it with no fear.
fear, only to Allah.



experience is how life catches up with us and teach us to love and forgive each other - Judy Collins

Kau tempat ku mengadu, Tuhan yang Satu..
Dan hidup dan matiku, hanyalah untukmu
 Ya Allah.
ampunkan aku.


Ketenangan dan Kebahagiaan adalah hembusan dari langit....
diturunkan ke lubuk hati orang beriman...
dan mereka tetap berhati teguh,
dikala orang lain dalam kegoncangan.......
    

Dec 1, 2010

dah DokeK bona dah.

Selamat petang serta selamat DECEMBER.

hari ni. tiba-tiba terdetik dalam hati. ya Allah! result. uishhh. seriously aku cuak yg melampau mengenangkan hari-hari mendatang. bape hari je lagi kau. tak ke rasa seram? scary? mary? urrgh. doakan lah yg terbaik, aku dh cuba berusaha sebaik mungkin masa peperiksaan haritu.mungkin. ishh yeke? entah. sedih la kalau x dpt apa yg kita aim for. and i know studio is the hardest subject to score. @__@  *dying*

one more thing, im just realized that i have only TEN days, 'saya ulang', TEN days je for being at home! even tak balik uia lagi aku dah rasa  homesick. fuuh2. apatah lagi bila dh start blaja. mati kutu~ but, at the same time, aku rindu gileee ngan kwn2 kt sane. huwaaaaa.!! (eyh syera, x yah la sedih sgt, rumah sekangkang kera je. T_T. baiklah. mmg kau gedik ok) tapi mcm x sabar nk start blaja...mmg jammed dh otak aku. nk asah balik kasik tajam.

pheeew. semua waktu2 genting dah semakin hampir. betul lah, ingat LIMA sebelum LIMA. dan yg paling terasa sekarang adalah LAPANG sebelum SEMPIT. lepas ni naik sem 2, mesty busy yg lagi extreme kaaaan. bersabarlah kamu syera.

sekarang dah start tensi  for no reason.
mungkin sebab datang bintang? 
hurmmmm. maybe.
=________=