Nov 27, 2010

A day with aai and naqiah.

semalam.
Ye, tepat 24 jam dari waktu ini. aku bersiap2 dengan sepenuh hati sebab nak keluar jalan2! yeay! wakawaka.(eyh, kenapa hepi sgt?) memang aku happy sebab aku asyik terperap kat rumah sepanjang cuti nieh. sumpah otak aku dah jammed gila. so, naik sem nanti memang kena sapu minyak pelincir banyak-banyak. bagi smooth sikit.

siap make up (make up ke?), terkedek2 aku keluar rumah. mama hantar sampai ktm komuter. ya, aku GO GREEN. *coz i dont hv any driving licence.Aku mmg support sepenuhnya penggunaan public transport. konon je. kalau dah ade lesen mmg merayap tak hengat donia. tulah, dulu bapak aku dh daftar siap dh kuar duit deposit suh ambk lesen tapi adeke aku x nak sbb takot. *stupid me! am i ?? kahkah. lantak lah.cerita lama. pastu, tunggu punya tunggu ktm, hambek kau. setengah jam pon x muncul2 lagi batang hidong besi komuter. nguk betol. perasaan aku time tu macam nak gigit semua org. eh, bersabarlah syera. tu bukan KTM bapak kau. bersyukur jelah.kalau tak kau x leh jalan lansong. ye aku tahu itu.

sampai KL cntral, terus menuju ke lorong kecik mcD .port biasa yang aai akan tunggu aku bila2 hangout. bila dh ternampak diorang, gelak2 kejap, salam2, lepastu terus memecut laju, untuk teruskan jihad kami. hoi, bukan jihad lah mengong. deng! kami berjalan seperti tiga dara pingitan ke stesen monorel. sambil pegang tangan secara bertiga-tiga. dan destinasi kami adalah Times Square. yeah.

sampai je sane, Aai, dengan tak sabar2 nye nak g tengok movie. tak singgah mana2 terus memecut ke GSC. kitorang tgk Harry potter. padan muka kau aai, kene tgk dua kali.hahah. sebab aku memang akan TAKNAK tengok cerita hantu or cerita bunuh2. errrk, memang saya penakut. so, ade masalah?  sedangkan aku tengok harry potter pon dah terkujat-kujat macam hape. lagi la kalau tgk cerita2 yg macam $%^#@!! gugur jantong aku. btw, chena boleh tetido masa tgh extreme cite tuh. punye lah memekak sound dia. aku pulak takleh tengok aai kunyah popcorn. macam nak slice je pipi dia. aai, sori la. hahah. tu yang aku tergelak2 tengok kau makan semalam. kelakar amett!

habes muvie.
its shopping time! *chena je lah. sebab aku and aai mmg xde aim nak beli pape. kitorang just nak jalan dan terus berjalan. mmg betol2 pilih baju la minah tu..haha, aku ngan aai ape lagi, macam macam pose kitorg hambek.



percubaan1.

percubaan 2- aai telah membetulkan posisi tangannya
agar tampak lebih anggun. tak begitu?


ambik gamba sendiri. xde keje. tunggu cik na.


duduk2. sbb kaki macam dh nak patah.

confession of a shopaholic.

menemani che na shopping sampai aku ngan aai dah mengidam-ngidam nak makan macam-macam. tapi, cam biasalah, kitorg memang penggemar Sizzling. so ape lagi, cari food court! kesian che na sampai kene tinggal. hahaha. kami memang sangat KEBULUR campur penat sangat sangat sangat.

licin kan? 
*sumpah laju kau makan aai.

sehingga menjilat sudu.

ex-roomate. 
*perlu ke mention?

try ambik gamba sendiri secara bertiga. tapi x jadik2.

once again, tak jadi lagi gmbar 3 org.
semua tangan tak pro.

okay. konklusi?
1. cerita Harry Potter tu mmg best! tervaek!
2. seronok dapat jumpa exschoolmate. tapi kalau ade ramai lg gurls yg join lagi best.
3. terima kaseh aai and naqi for the day. sayang korang~

yg tak best nye, masa balik tu kene tipu ngan pakcik taxi.
biasa  8 ringgit, tp dia g pusing2 sampai 
meter tu naik RM 35.80.
memang menangis la aku.....

okay, have a good day frens.
wassalam.     

waiting.....

waiting for something with hope.

one day.

first EPISODE.





We must let go of the life we have planned, so as to accept the one that is waiting for us -joseph campbell



Nov 26, 2010

gantung keluar

ohhhoi. Selamat pagi semua orang. huh, sungguh tak ada kerja. pagi2 bangun terus online. bukan ape, lepas ni aku nak kuar jalang-jalang*terengganu version* pergi KL. tu laa, naqiah ajak teman dia shopping, so aku yang bosan kat rumah ni ape lagi. join je lah. memang dah xde keje sgt kn. itulah yang aku panggil gantung keluar(hangout) kahkah. direct translation. x diterima? kesah hape aku.

ikut plan harini nak g TS, janji pukul 10 lebih-lebih. fuhh, tapi aku nak g pavi...sebab sepanjang aku berjalan2 ni x pernah aku jejak pavi. kesian kan? tu lah, dr awal dh tahu tu tempat orang khaya-khaya, tak nak lah aku jejak.dh tahu x mampu. Tapi, rasa nak jugak pegi, sebab nak jalan2. aai pon x penah lg smpai sana.so boleh lah kami jakun sama-sama, ye tak?

so, apa lagi plan harini? ohh ya, janji nak skype dengan jiah. dia kata nak skype hari jumaat. jiah ni sebenarnye kawan angkat aku time masuk skolah. yg pelik nye kitorang boleh jadi sgt rapat even bukan satu kelas pon. tanye sikit, sapa lagi yang rapat ngan kawan angkat dia?! hahah. okay. mungkin malam ni kalau berkesempatan kita skype ehh jiah! ehem. ehem. u mis me? or i mis u? hahah. okaay, kita sama2 miss. kalau la aku selamat sampai ke rumah.

okay2! time to SIAP2. nanti bising pulak nenek dua org tunggu aku kat kl central nanti. (AAI n NAQI),,fuuh, x sabar2 nak jumpa korang. :P

superwoman! bersiap! 
bye.

Nov 25, 2010

masak cili padi

hey hey.ini entry bagi suri rumah sepenuh masa time cuti Sem. Macam saya. harini kita main masak2.

best kan. bila masak pastu semua orang suka.ohh, mungkin juga adik2 aku nak ambik hati je.T_T . kenapa aku masak? first, sebab mama busy, secondly, sebab anak tekak sendiri yang nak melant*(tak sopan disebut)..hahah. lagi satu sebab terngiang-ngiang rasa masak cili padi yang nenek masak kat kampung time raya aji aritu.yummy! nak suh mama pun, macam x patut la kan. anak pempuan dh besa panjang pun nak suh mak masak lagi. hisssh. tak patut.Then aku pon masak sendiri, berbekalkan resepi sendiri.. so arini aku nak share how to cook ikan/ayam cili padi. nak share jugak kalau korang dh tahu pon. tapi kalau korang ade cara lain nak masak cili padi, ajar la aku. kita main share share. deal?

bahan2- utk 4 orang makan

-cili padi(2 genggam-agak2 la nak pedas mane)
-bawang putih(4-5 ulas)
-bawang merah(4 bijik)
-bawang besar (2 bijik)-dihiris
-tomato (2 bijik)- dibelah empat
-garam & ajinomoto (dicubit-cubit)
-gula
-ayam/ ikan

cara-cara.

- firstly, gaul kunyit dan perap ayam tersebut. biarkan seketika. abot 10 minutes, pastu, goreng segaring yang korang nak. kalau aku suka yang garing-garing. siap goreng ayam tersebut, Sila letak tepi sebab kita nak wat perencah dia pulak..
-pastu, cili padi,bawang putih,serta bawang merah ditumbuk guna lesung batu sampai agak2 lunyai..(kalau blend x brape sedap, so better guna traditional way, ok?)  tapi kalau korang malas jugak, pergi lah blend. degil. :D
-And then, tumiskan kesemua bahan2 tersebut,pastikan minyak betul2 panas. kalau tak aroma bawang tu tak naik bila ditumis. masak sehingga agak garing. meaning, bia warna dia ke emas2an. pastu, baru masukkan garam, gula, serta aji. secukup rasa ye.
-agak2 dah masak masukkan tomato yg dh di belah2 tu, dan gaulkan sekali ayam yg dh digoreng tadi dalam cili padi tersebut. ratakan. kemudian angkat dan hidang dan SIAP!


saya budak baru belajar*muka innocent*
kalau korang ade cara lain or ada bahan2 yang perlu di tambah bgtahu je.
saling ajar mengajar okay.
even resepi ni simple.

kahkah. rasa macam satu hari akan jadik
one of the best chef kat msia.
boleh share2 resipi.
*memang aku suka mengarut. dah-dah. bye..
                                                                                                              

Nov 23, 2010

adik :)

Good luck abangah.. dah kaklong x leh nak banggakan babah dengan spm, tak straight A's pn. so, kaklong harap bangah boleh capai yang terbaik. kaklong nak mintak maaf sebab banyak marah-marah ko kat umah. hoho. tapi kak long percaya ko boleh buat. Buat betul-betul kay. xde siapa lagi boleh tolong mama, babah, & keluarga kita melainkan kita sendiri.
ALL THE BEST FOR YOU.

Amirul Hafiz

abangah(pakai baju askar)
hadi(cuzzy) pun sama SPM jugak.
good luck lah kamu dua.
dari kecik main sama2. 
dh besar pun BERJAYA sama2.

BITTAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN.

i will always support you dear.


take care, Garnier. T_T ehhh. tak.
take care of yourself.

sincerely from kaklong.
wassalam.

Nov 22, 2010

GirlFren dating.

fuh, dah seminggu aku selsema yg amat teruk tak baik-baik. siapa ada petua tok nenek? like minum halia ke, makan kayu manis ke, telan lada hitam ke, telan jintan manis ke?  seriously heavy flu ni dah tak tertahan-tahan dah. sohh sehh sohh sehh bunyik. jumpa doctor dah. makan ubat pon dah. okay, sekarang waktu untuk berserah dan bertaqwa pada ilahi. tutup cerita hidung.

dua minggu lepas.
aku pergi berfoya-foya dengan my girlfriend, ex-skulmet, iaitu najuuuwaa. kawan lama. sebelah dorm kat sc johore dulu. sama2 buana. go buana go! (semangat buana pulak tiba2!) kami pergi malam-malam. memang lah agak bahaya kami keluar malam. Gadis lah katakan.(ohh, geli statement gadis) alaaa...tapi g makan je. tak kemana pun. lagi pun mama yang hantar. mana lah mama nak lepas anak dara dia yang sorang ni keluar suka hati. ohh, terasa kasih sayang ibu. i luv u mom. hehe.

dah tuh, aku sampai uitm, fetch najwa dlm pukul 9. then mama hantar kitorang ke SACC.pegi lah makan apa patut. copp, disebab kan aku janji nak belanja chowa*nama kecomelan*, aku pon blanja dia makan kek secret recipe je. pastuh, g makan kat Uncle K. sedap jugak lah. mkn chicn chop. pastu kitorang share gossip tak habis-habis. fine. itulah, kalau jumpa chowa, mmg tak boleh nak diam. ade je bende nak ckp. kalau bukan dia cakap, aku. kalau bukan aku, dia pulak. pott pett pott pett. Tapi siyesly chowa mmg makin kurus. cun gileee dah. dia single and aivalable. sedang mencari. sape nak, emel aku. aku tolong. tapi syarat chowa dalam pocket kene penuh la, kaya berharta..masih mahu berunding?. ok chowa, just kidding.:D

picture-micture (?)

najwa. maintain cool+gedik. miss her sangat2. :D

kat dataran Shah Alam. 
lepak after makan. 
share story ngan problems.
girl to girl talk. hahah.
memang tenang.

chowa makan tak habis. 
sori. teleng sekejap.*malas rotate.

lepas melepak,(gejala x elok), kami realize yg dh pukul sebelas suku dah..aish, lambat beno kami balik. then aku rasa memang patut balik dah ni and aku ajak la chowa tido umah aku sebab time tu uitm dah  tak leh masuk dah. padahal lusa dia ade exam physics tu. boleh dia berfoya-foya. ohh. memang aku bukan kawan yang baik. maaf lah. 
both of us kotak-kotak.
kat rumah sebelum hantar chowa balik.

esoknya.
setelah spent time sepuas hati ngan chowa, aku pon hantar dia balik ke uitm. babah yang drive, sbb aku xde lesen. kah kah kah. okay, aku ni penakut. sebab tu  tidak ade lesen ye. scary dengan jalanraya serta pemandu yang x berhemah. so, bila dh keja esok2, aku nak kawen ngan putera raja. bia xde lesen pon xpe. driver sanggup hantar mana-mana.ohhh, tinggi nye harapan kau syera. dah2, stop dreaming. 

okay anak2, say bye bye to chowa.

sambung cerita. 
lepastu,(tiba-tiba) babah ajak g singgah PAS or nama timangan, plaza alam sentral, alaaa tempat muzik-muzik tv3 tu. okay. tempat dia sgt tak best dan bosan. tapi sbb bapak dah ajak, berdua je pulak tu ngan dia, aku pon  iye kan je lah. sampai je sane, malas la nak ikut babah pegi tempat henpon. aku jalan sorang. ohh, rupanya ada pesta astro. ade lah beberapa artist yang aku jumpa. tapi aku tak kenal bintang2 baru. main hambek je gamba. kata artist.....hahah. 
maulana aku kenal, yang lagi sorang tak ingat nama.
sorry si artist!

tujuan sebenar aku hambek gambar ni sebab aku nak jeleskan nani ngan judin adek aku tu. sape suruh dia tak ikut. dah tu asyik ajak babah pergi PAS je nak tgk pesta astro. x pasal2 aku yang dapat pegi. kahkahkah. nasib kau lah dik. sapa suruh kau tido kat rumah. :P yang ni lagi satu, dalam drama ponti anak remaja. 

yg pempuan sebelah tu rakyat biasa, bukan artist.
aku yang nyelit ambik gamba diorang.

dah-dah. nak veramboos dulu.
wassalam.
keyboard OFF~

Nov 20, 2010

raya tak habes lagi?

ehh, teruknya aku kan. beraya sakan-sakan. ishh3, orang zaman sekarang ni. teruk teruk. ingat pesta ke? ayyomma appa kadiwalley(sambil tepuk dahi)..sebenarnya maksud aku bukan beraya sakan sangat. ape yang aku katakan adalah pengumpulan? eh, tak tak. perhimpunan*lagi betul, bersama keluarga-keluarga, sepupu-sepapat, uncle unty, kazen mazen.. itu lah namanya raya. semua family members ade, bermesra bagai, buat barbeque, makan-makan, demi mengeratkan silaturrahim. kalau keluarga johor ni, seronok. bab makan,  nombor satu. sebab nenek kitorang masak mmg first class. asam pedas terangkat, masak lemak terduduk, masak kari bersila. hah, semua menu ade. aku tinggal makan je. dan semestinya tak boleh lari dari satu tugas yang amat berat iaitu, basuh pinggan T__T. aku amat terkenal dengan kerja tersebut ya. sebab, cucu sulung. dah tu perempuan pulak. so, sapa lagi nak menolong nenek kan. den jo la....makcik2 pon x abes2 panggil. IRA ohhhhhh IRA! meh basoh pinggan nih haaah. fullstop.

semalam. pergi jalan-jalan dekat ulu tiram. kat rumah kawan babah. lepastu, kat kepala aku teringat si sehah je sebab rumah dia kat tiram jugak. dah teringat-teringat tuh, aku pon call sehah yang blur baik.

syier: hello sehah ade?. ni syier comel.
sehah: hoi ape kau. perasan. ( suara flat tp agak garang.)
syier takut: ehh sehah, relax la babe. woi, aku kat tiram ni.
sehah blur: woi, tipuu la kau. ( nampak x kegarangan seha? garang2 pon jiwa lembut.)
syier: betol lah! ko apsal. cepat2 bg alamat rumah aku nk dtg.
sehah tak boleh terima: weyh, kau ni bia betul. kalau betul, datang je la. mak aku ada wat laksa ni.
syier telan air liur: waaa....laksa? haaa.okay2 aku datang. kompem seha. *dengar laksa terus kompem aku dtg!*

then, pegi lah  dulu rumah kawan babah, kat puteri wangsa. somewhere in tiram gak. nama dia uncle badrul. then uncle bad pujuk rayu kitorang makan kat rumah dia. tapi, x leh la sbb aku dh ckp kat sehah nk g makan laksa. pastu, i ask my mom untuk hantar aku je lah..bia aku sorang g lepak umah sehah smpai la habis mama dinner. pergi punya pergi, baru sedar umah dia jauh. so singgah kejap je lah. masuk je rumah sehah...
"wow" unique gler umah dia. mmg cantik. even mama ngan babah pon kata yg ayah dia sgt creative. mmg padan la ngan sehah ambik archi. satu family berseni. terima kasih sehah! for the laksa and choc cake. mak pulak pandai masak n jahit. perfect satu family. semua pandai pandai.

dah dah. cukup. tutup cerita. tidur lagi nikmat.
esok balik shah alam. kemas-kemas baju kau tu long.( long tu aku lah)
mak teh and mok su semua dh balik kl. bye-bye~
clap  ur hand
shake ur finger(huh?)
chin-chow.
wassalam.

Nov 17, 2010

korban.

salam alaik.

labbaikallah.(kami menyambut seruan-Mu ya Allah).

terdengar seruan haji tu kt tv, terdetik pulak bila nak pergi haji. entah aku sempat ke tak pijak tanah haram. kalau nak pergi awal2 ni rasa macam tak de chance je sebab aku bukan nye berduit. tapi, who knows one day kalau ade rezeki. kalau boleh aku ni nak la pergi time muda mudi ni. masa sihat walafiat supaya dapat melaksanakan semua rukun-rukun haji tu dengan sempurna. IF and only IF. tapi, doa jelah. rezeki Allah, siapa yang tahu.

orang lain korban lembu, kambing, unta serta segala bagai lagi. aku nak korban ape? korban kasih sayang lah. aiseh. kasih sayang ape pulak ni. dah dah. tak nak berjiwang. sebab nanti aku sedih. (?)

hari ini je, tiga rumah family kitorang konvoi. 3 kereta. kereta mak teh, paklang, and kereta bapak den. penat macam hape. smpai nak tertido kat rumah orang. lepas tu, makan macam tak ingat dunia. setiap rumah kitorang makan sepuas hati. menu raya lah, ketupat rendang. *bluuurp.baru sendawa. sumpah kenyang. memang aku bantai makan gila-gila tadi. terima kasih makcik-makcik sebab masak sodap-sodap. raya kat johor memang cam ni. tak sah kalau tak makan. *blurrp. sendawa lagi.

yang tak best nya hidung aku macam paip. ohhh soluble. dah 4 bijik aku telan. but no effect until now. bila lah nak baik ni. lemas la idung macam nie. tak tertahannn dah. (sungguh ku tak mahu, menahan rindu ah ah ah) terkeluar pulak soundtrack dangdut. ohhh. memang aku tak tahan la...999! boleh tolong?

at atok yahya's haus.
tengah tension ngan hidung macam paip.
gerammm!
cerita dah tamat.

FULLSTOP.

Nov 16, 2010

manusia

aku nak cakap apa yang aku rasa. x nak baca. sekian.

kadang-kadang aku tak paham ngan certain people.cuba think positive pada orang. be positive at all time. korang dah tahu itu bende yang tak disengajakan cuba lah korang maafkan je. ni tidak, dah tahu orang tu tak sengaja, pastu nak marah ngan terasa hati kat org tu... cuba letakkan diri kita didalam kasut mereka*pepatah inggeris yang di translate*
sometimes kita ni kene lah paham orang sbb, one day bende tu akan terkena kat diri sendiri.bagi aku, stakat ni aku kalau nak marah somebody aku akan tgk dulu condition. mungkin dia tak sengaja.mungkin dia ada hal tu, mungkin dia sakit, mungkin dia takde mood ke, biasalah manusia. dia manusia .kita pun manusia. patutnya paham lah each other. jangan nak marah terus, tapi kalau that person dah mmg betul2 irritating, barulah ade reason nak marah. sebab sometimes aku kesian kat mangsa keadaan.

mende ni untuk peringatan diri aku sendiri. sebab aku ni jahat. =|
cerita dah habis. boleh bersurai.

Nov 12, 2010

summary URP, PART TWO.

ehem ehem. okay, sekarang berada kat second part of the story.
hmm..sepanjang ada di sem 1 ni, aku rasa hepi bangat even ada sometimes aku down, 
but im glad to have friends that still care about me, 
especially nad, mijah,cak aer, shue, kak mira, ain,wawa, kak sarah.and others2..korg mmg supportive!

my besties...mijah, me and nad. 
i love them.

sweety same name.lol.
her name is shahira(cak er) but mine is syahira(syiEr)
beza H and Y je.
 cak er kwn yg sgt2 baik dan caring.
rugi sape tak hargai dia.

the person beside me is ain.
dia sgt cute bila marah.
macam princess. 
merah gila muka...wakaka~

my roomate. shuhadah.
she take a good care of me.
bila aku sakit demam ke, batuk ke, selsema ke.
thanks shu selama ni tlg saya.
kita jadi gila kat bilik pon sama2
banyak2 terima kasih. :D

kak mira! kakak yg baik dan
 banyak membantu.
kadang2 dia agak kelam campur kabut sikit.
hahaha.....lagi2 bila time nak exam or submission.
ayu tak?? ahhah

ramai lagi yg aku nak cerita. akan tetapi. masanya tiada. nanti2, aku janji.

then, 2 lagi event yg aku tak cerita lagi kat part one.

       IFTAR URP and SITE VISIT KAT HUTAN
these are the gambars yg ade. fine, sebab dah malas nak cerita.
picture speaks a thousand words. paham2 lah.

before and tengah IFTAR urp. *random pick* 

muka-muka kotak. T__T 
ehh, tak tak. muka2 org rajin.

bana dan ain sempat meng"commercial"kan tgn mereka. *curi tulang*
just kidding.

kanan izul, kiri acap- main tampaltampal.
hardworking people. sampai aku work-less. 

both of them duta ribena. comel bukan?

licin seyh kitorg makan. masak kurma dia mmg sedap la. five st!

datin syiEr bersama anak yatim. wallaweeh.
*statement mmg patut disepak*

then for the site visit pulak, time tuh dah la tengah puasa. siapa tak penat kan pergi jalan jauh2, bawah panas terik, dengan tak leh minum, berbekalkan hati yang cekal, kami collect jugak data pasal hutan tuh. tapi siyes aku ckp, mmg mencabar iman. hausnya ya Allah.

briefing before meredah hutan.

guys yang kepenatan.
*tetapi muka abang manis tetap manis sabab dia senyum.

kecohkecoh.

dah habes gambar. ape2 pon, tanx la korang sebab banyak tolong aku time sem 1 nie. aku pon nak mintak maaf kalau ade terkasar bahasa hendaknya.

conclusion=all of you are veryvery supportive! sayang korang. always and always....
thank you.

tamatlah kisah aku di urp, sem1.=)

ohh UITM.

Angin malas datang lagi.
biasalah manusia ade pasang surut. tapi angin aku biasanya tak berpasang-pasang. asyik malas semacam cuti ni. dah semingggu lebih2 aku duk rumah. tapi satu bende yg aku produce pon tak nampak. nak kerja tapi cuti sem yang hanya sebulan tidak dapat menjanjikan apa-apa pekerjaan yg dpt aku apply. tapi sesumpahnya, aku sangatlah bosan dirumah.Mama ade suruh aku tlg dia menjahit. tapi........... tak berminat dong. tapi nak duit.tapi aku tak suka jahit. tapi nak beli macam-macam.tapi poket dah kosong. maka, aku terpaksalah membantu mama menjahit sbb $$$. okay fine, aku ikhlas okay.. bukan sbb $$$ sahaja..semalam aku dh start. wahh, mcm wanita sungguh bila aku menjahit. sbb aku pon tidak percaya, mesti korang pun terkujat bukan kalau korang nampak aku advertise "SYIER TUKANG JAHIT"  macam nak kena lempang pon ade jugak. tak kene je nama aku ngan perkataan tukang jahit. fuuh, ok dah. tutup cerita jahitan. sebab tajuk dah lain dengan isi.

ohh, pasal uitm. sedih aku mengenangkan. sebenarnye aku dah janji dengan ex schoolmate aku. cik puan najwa che lokman (sbb dia dh beberapa kali cerai time couple), nak pergi sane and tido sane. tapi aku tak pergi2 jugak sebab aku tak sihat sikit. padahal mama kate boleh je nak hantar. sedih x dapat tido uitm, tp aku bertekad nak belanja chowa makan. kesian dia...tunggu punye tunggu aku. tak datang2 jugak. dah lah dia ade exam physics ahad ni. tahu tak physics itu susah?sebab tu aku tak hambek engineering tahu?. mase upu aku isi lapan2 choice pilih bidang yang menjurus ke arah architecture .hambekk kaw..Mmg tekad benci fizik bukan? MEMANG PUN.. ehh, dh sesat..okay, berbalik cerita chowa, mungkin malam ni atau esok atau lusa aku akan keluar shah alam untuk pergi meronggeng ayam kat shah alam. errrr, even aku tahu nothing kat shah alam ni,,tapi aku nak jugak pergi. nak lepak tido uitm kang kesian pulak dia nak study. sebagai kawan yang amat memahami dan comel, aku belanja makan je lah....ohhh chowa, tunggu aku text or call kau ye. kalau aku panjang umur sampai lah. dah dah. aku nak beramboose fooot looose.

sebelum behambus, aku nk tunjuk gambarajah najwa hotstuff!
hey,cuba teka mana satu najwa?
kalau betul dpt dua posen.
 tanak bgtau,.
carik sendiri.
 (x nak carik? ade haku kesah?)

eyh, nanti dh siap menjahit manik kat baju tu, aku tunjuk air hasil tangan aku.sebab aku memang nak berlagak.HAR HAR HAR. esok esok siaplah. mungkin.?

Nov 11, 2010

wanita

"jadilah wanita yang diletakkan di dalam kaca, di pegang jangan, dipandang boleh,
hanya orang-orang yang mampu sahaja boleh meilikinya"

syera,
sentiasa pegang kata-kata ni.
reminder for me
anytime, anywhere.
insyaallah =)



facebook?

friends, im going to inform to all of you,
as for now, i am deactivating my facebook account for a day/week/month/
and maybe i will delete my account. who knows? wakawaka.


facebook brings alot of problem to me. to myself not YOU.
even i dont have any examination rite now, but still im going to deactivate it because

  • because i am a facebook-holic.(errr?)..boring je facebook, boring je facebook. i dont want to make it as my habbit..so, im trying to live without you. sbb bukak fb je  asyik nak tertengok gamba orang2 and ter jadi stalker dengan tak sengaja. dah tu asek kuar kat homepage, ape lagi. STALK! haha
  • it is a distraction and a waste of time. T__T sometimes i just say to myself " i'll only be on there for a minute," but then, i will end up being on there for an hour or so! really, i could do so much better with an hour than that.
  • frankly speaking, sometimes i feel aggrieved with myself. most of my friend get scholar to study abroad. and even my cousin also..i noe it is not my "rezeki" yet, but sometimes, it is quite disturbing me...i keep thinking and thinking bout it..especially when i look at their picture..winter lah, snow lah or whatsoever. (boleh jadi ungrateful kan? teruk la aku niee)

seems that im bored with facebook,, its better for me to deactivate my account rather than wasting my time on it. plus, im not a discipline person. ckp seminit tapi jadi sejam! abes mama bising keje tak siap..teeeheeee~ and that is one of the concrete reason for me to deactivate my fb.hehe :)

there is one thing that i like in facebook. the Tazkirah that people share...seriously, i love to share it on my wall, because i can spread good things to other people to read. haha. after this, im going to get all the tazkirah by myself lah...kat iluvislam.com. if i'm not mistaken. tak pun g pinjam buku kat library. *rajen pulak aku kan.

so for now, i will practice to live in a better life without fb. hehe :P
BE POSITIVE AT ALL TIME. peace! =)
for those who want to contact me,
just text me or
find me kat skype tak pun YM tak pun formspring. *main tanya-tanya. tak pun kat rumah. ngeee~

bunga melati bunga rampai,
sebelum pergi, ckp babai
*errr...agak tidak kene pantun tersebut.
lantak lah
okay.
wassalam.
(=

Nov 10, 2010

studiomate!!!

assalamualaikum.

entry kali ni khas buat yg tersayang my studiomates! especially girls yg cooool semua!

cak er, kak mira , nad, mijah, ain(both), kk sarah dan semua2 studiomate!
sumpah aku rindu korang!
lagi2 bila main komen2 kat facebook ngan korg.

huwaaa......
bukan aku nak kate duk umah tak best.
semua2 bosan.
tv =bosan,
jalan2 =bosan *sbb xde kawan*
kalau ngan korg best..lepak2, berbual tak ingat dunia dahhh...
tapi kan, nanti bila dah balik uia balik,
mesti rindu kat rumah pulak.
manusia2.....mmg x pernah bersyukur..(akulah tu)

whatever it is,
walaupun malu untuk menyuarakan, tetapi nak jugak ckp

 I MISS ALL OF YOU, PEOPLE!! 



rindu studio yg kecoh.
please! hope sgt bilangan studiomate x berkurang.
mungkin aku, mungkin dia atau dia dan dia,
huh, entahlah. tak tahu siapa yg terpaksa leave the studio for second sem...T___T
lecturer URP memang penuh kezutan..SURPRISE!
phewwww  =__="

Nov 9, 2010

hurmmm....


hishh perasaan,
pergi kau jauh-jauh. 
please.
i beg u.
if it so,
not now.
pergi
jauh-jauh dan jauh lagi. malas nk pikir.

help me Allah.
i need you.

Nov 5, 2010

summary URP, PART ONE.

Salam alaik.
hmmm...rasa happy pulak dh abes sem 1. suka sgt2!
and suddenly ter flashback all the things happen. Macam sekejap je.
Mmg sekejap kan kita kenal, tapi kita dh rapat mcm adek-beradek. sumpah teringat korg weyhh! T__T

pertama kali jejakkan kaKi di uiam gombak...*WELCOME*
"AHLAN WASAHLAN YA HABIBI..."

hari daftar mahallah..alhamdulillah, dpt roomate yg aku kenal, which is shoe SHU. ofcourse happy coz dia ni studiomate ED aku. rajin pulak tuh. haaha

then biasalah bila student2 yg baru enrol ni kan,, ade taaruf week. T___T baiklah. so, kami pun bertaaruf week. absolutely bosan!! so, tiap kali duduk dalam hall mata kami akan ** blink2** dalam erti kata lainnye, TIDO!

geng studio n clasmate dr cfs! tapi kami separate ikut kos masing2! 
huuu~sedih! dh tak jadi classmate dah!

in CAC hall. muka2 excited. budak baru kenal gombak lah katakan...

sayang mereka. 

cikuuuu chak! with epah. 

masa awal2 dulu, masuk2 studio nyer class, semua introduce diri. aku cm malas je nk tgk sape2. sebab aku rasa mcm x best je. semua mcm bosan. huh! jahat tol aku kan...ye lah, sebab korang ramai yang masuk sini sebab x dpt akitekcur(huh?)..plus aku pon mmg x pernah kenal korg. so, im assume that korg cam x nak stick kat urp, and aku rasa mcm semua org nak tuka kos nanti. x mcm aku dn belasan org yg lain yg ambik first choice urp. haha. sbb aku mmg nak urp. malas nk wat model or whatsoever tuh.

so, tu lah first time aku nampak korg2, even sebenarnye ramai yg aku x pernah tahu pon kewujudannye kat cfs. biasalah first impression. mcm2 yg aku rasa x best. lepas tuuu...

dapatlah tahu, all first year student wajib pergi camp! ohhhhhhhhh no! mmg gila....semua cm panas je..dh la kene bayar 50 inggit. okay fine, x pe2. kami pergi jugak sbb ianya adalah WAJIB! pastuh aku dpat group bravo. org2 dlm grup tu pon aku tak kenal. kak sarah and bana pon aku jarang cakap2.
*cerita pasal kem ada di sini.

hello dunia! inilah group kami. THE BRAVO!
kem ini sememangnya sgt best okay! 

after spent our weekENDs kat sane, kami pon balik. serta, pada hari isnin tersebut, kami dapat studio kami, which is studio 19 and studio 20! huishhhh..terpegun den tengok studio....chayalahhh! mmg bro Ali terbaik. studio kami mmg first class! thank you thank you. alhamdulillah. so, semangat nak belajar tu sangat berkobar-kobar. haha...selesa sangat sbb studi tu baru renovate. kerusi, meja compartment semua2lah baru2 belaka. eheh. suka...weee~
my studio! just like kat pejabat2 gitu.

and....this is our kuliyyah. KAED!

and then, berginjak ke minggu seterusnya di mana kami mendapat tahu ade PLANNING STUDENT ASSEMBLY or scientific name dia PSA.. tetapi, malangnya x semua studiomate yg pergi....ni lah muka2 yang wakil uia.  haha. wakil pekebendenye! merepek je berdrama atas pentas. HAHA. tapi korg mmg best! buat filem satu hari je. mmg VOGUE!
sumpah suka gambar nih. happening je semua orang!

kah3...buuu sopan semacam.

baik2 je muka semua. suci lagi murni.
wakil dr mane ni ehhh??? haha

antara universities yang involve UIA,UTM,UITM, and USM.time ni aku satu group ngan harith..tapi disebabkan kitorang masih x kenal,so tak bercakap sgt pon.**ehh, mungkin time tu lah first time kitorg bercakap kot haha. whatever lah...overall untuk this camp, mmg best lah. seronok dengan urbanthlon yg macam pffffftt! seriously penatttt! then malam tu ade drama dr team uia, perhh, hebat kot, buat drama in one day je. haha. tapi meletups! tahniah ye kepada semua2 orang yg involve....

urbanthlon! we rock bebeyh! ahaha

after drama jiwang. taking2 picture lah pulak.

disamping itu,,, (kenapa perlu skema?!)
sebagai seorang orang yang dh masuk u, aku tetap tidak melupakan schoolmate aku yang sama2 belajar kat uia ni hah. AINNA, QAWY, SAHAB, SEHAH and ME! so, kitorg pun ade gak la wat date makan sekali kat evoke cafe.cafe ni ade aircond *cheh, mcm grand sgt je..haha..ntah pape.cafe biase jelah..mcm kantin pakwan ngan mak mah tu hahh...
ni antara gambar2 mini reunion sc johorian yg bertapa kat UIA....

hello sahab...! mcm mintak penampar...HAHAH

qawy yang sdg semangat bercerita. 
kami telah mengeshare2 story. 
ye lah, dh masuk degree, lain2 course lak tuh....

sahab yang semakin hendsome(kah??)hehe

ainna still cun. :))


haaha...dah la...waktu tidak mengizinkan saya berceloteh lagi.
nak pegi buat macam2 nie. 
huh! maybe thats all for now. nanti ada mood lagi saya sambung. seeeeeeeee ya!


to be continue.................